. ISI-ISI PENTING DARIPADA BUKU
1. Konsep kepimpinan dan pengurusan serta perbezaannya
2. Memimpin dan mengurus sumber manusia untuk meningkatkan prestasi
3. Kepentingan staf sokongan di sekolah
4. Pengaruh budaya organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan
5. Peranan struktur organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan
6. Motivasi staf dan kepuasan bekerja
7. Memimpin dan mengurus dengan sumber manusia dengan peluang yang sama rata
8. Memimpin dan mengurus secara berpasukan
9. Pengambilan dan pemilihan staf yang berkesan- put the right person with the right skill in the right time at the right place.
10. Keperluan induksi dan pengekalan sumber manusia di dalam organisasi pendidikan
11. Mentoring dan coaching sebagai proses menyokong dan membangunkan sumber manusia
12. Menilai prestasi dan mengkaji bagaimana untuk meningkatkan prestasi pekerja dan menghargainya
13. Keperluan untuk belajar sepanjang hayat
PERKARA YANG DIPELAJARI DARIPADA BUKU YANG DIBACA.
1. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi orang lain untuk bekerja bersama kita untuk mencapai matlamat organisasi manakala pengurusan adalah satu set aktiviti penggunaan sumber organisasi yg cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Sumber manusia perlu dipimpin dan diurus untuk
meningkat prestasi
3.Sumber manusia perlu dimotivasi untuk kepuasan bekerja
4.Bekerja secara berpasukan adalah satu amalan yang
baik
5.Pekerja baharu perlu diberi induksi untuk
memahami budaya dan struktur organisasi.
6. Mentoring dan coaching penting untuk membangunkan sumber manusia di
dalam organisasi.