Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan
tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu
membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga.
Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk
kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.
Avokado
Bukan
sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta
isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan
kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak
pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh
menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.
Beri
Vitamin
C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah
membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk
membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang
tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira
anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.
Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium
dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan
radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat.
Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser
apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.
Almond (kacang)
Asid
lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan
dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam
badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat.
Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus
untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.
Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat
tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C,
kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat
sepanjang masa.
Bijirin
Walaupun bijirin
dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat
membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu.
Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi
untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.
Biji flaks
Jika
anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid
omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada
anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan
kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah
jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah
yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.
Yogurt
Kaya
dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal.
Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan
serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan
yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.
Lada
Warna
hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan
anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan
pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu
diamalkan.
Mangga
Bukan sahaja sedap,
mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada
80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk
melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang
muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.
No comments:
Post a Comment