Saturday, January 29, 2011

ORANG TENANG ADA EMAS UNTUK DIGALI

Bila kita nampak air yang tenang, kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air yang tenang , macam-macam boleh terjadi.  Tapi kalau nampak orang yang tenang, kita patut dekati, sebab dalam diri orang yang tenang ada emas yang untuk digali....benarkah???

Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu.  Orang jahat tidak pernah memilih  orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik.  Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka.  Kesian....

Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik.  Pada zaman kini, terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat.  Maka peratus orang baik terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Oleh itu, kita tidak boleh terlalu bersangka baik. Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai.  Kadang-kadang apabila terlalu percaya, disitulah kesilapan akan tiba.  Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul.  Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia.  Kadangkala  kena juga ada rasa curiga.  Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Kata orang tua-tua , kalau melihat air tenang usah disangka tiada buaya.  Sememangnya buaya tinggal dalam sungai berarus tenang.  Pergerakan buaya juga penuh ketenangan.  Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati- cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka, ekornya boleh melibas tiba-tiba.  Di dalam air, buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan, juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Berbeza dengan orang yang tenang, di situ ada emas yang boleh digali.  Orang yang tenang biasanya penuh dengan ilmu...ye ke???  Dampingilah orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti diperolehi...kalau dia nak kongsi la....kalau kedekut...tak guna satu sen pun.! Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermaksud tenang.  FIKIR-FIKIRKANLAH.....

No comments:

Post a Comment