Sunday, January 30, 2011

TERLALU MUDAH AKHIRNYA MALAS......

Semua perkara apabila diambil mudah kecemerlangan akan hilang.  Benarkah begitu?

Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu, tidaklah salah, yang salah ialah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu.  Bayangkan seorang mekanik kereta ambil mudah sewaktu melakukan kerja-kerja servis.  Dia akan mudah-mudah saja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta berkenan .  Hmmmm apa akan terjadi ya?

Usah keliru dengan memudahkan.  Lantaran adanya kemudahan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi elektrik, mesin basuh, dan macam-macam lagi mesin untuk memudahkan kerja kita.  Memudahkan kerja adalah proses yang menarik dalam kehidupan manusia.  Dahulu seorang penulis terpaksa berhati-hati sewaktu menaip kerjanya dengan menggunakan mesin taip.  Setiap kesalahan atau penambahan maklumat akan menyebabkan keseluruhan tulisan berubah atau terpaksa ditaip kembali.  Sekarang, dengan menggunakan komputer, sebarang penambahan tidak lagi membebankan.

Psikologi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil mudah.  Dua perkara hampir serupa tetapi tidak sama ini telah meletakkan manusia dalam dilema psikologi sama ada menurut  atau ikut saja atau berbuat atau menongkah arus.  Mereka yang menongkah arus biasanya berakhir dengan sesuatu yang luar biasa  sebaliknya mereka yang ikut saja selalu berakhir sebagai biasa bahkan ada yang gagal.

Psikologi manusia memang suka dan mahu yang mudah, tetapi kadang-kadang ambil mudah telah menyebabkan banyak kecemerlangan manusia terbarai sebelum masanya atau sebelum tiba sebab musababnya ia patut terbarai.

Kenal dengan Henry Ford?  Pengasas Ford Industru yang kaya raya di  Amerika kerana kereta ciptaannya.  Kesungguhan Henry Ford dalam melakukan kerja-kerajnya akhirnya memberi kejayaan yang luar biasa kepadanya.  Bayangkanlah jika Henry Ford ambil mudah sewaktu melakukan percubaan, sudah tentu tidak akan terhasil apa yang mampu diusahakannya.  Kesungguhan sentiasa menguntungkan.

Kemudahan yang mengelilingi hidup manusia telah menjadikan kebanyakan manusia begitu selesa ambil mudah hampir semua perkara.  Manusia sudah menjadi semakin malas disebabkan kemudahan. Maka marilah bersama kita FIKIR-FIKIRKAN  diri kita...

No comments:

Post a Comment