Thursday, September 1, 2011

ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN

APA KHABAR SEMUA...DAH LAMA CIKGU NOOR TAK MENULIS DI BLOG INI..BUKAN APA..CIKGU NOOR SIBUK DENGAN TUGASAN DAN URUSAN FAMILI...CIKGU NOOR TAK PERNAH LUPA NAK BERKONGSI ILMU DAN IDEA YANG CIKGU DAPAT DENGAN KAWAN-KAWAN.. HARI NI .CIKGU NOOR NAK KONGSI ILMU ..BAGAIMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN..MAKLUMLAH..MUSIM RAYA NI..RAMAI YANG BUAT RUMAH TERBUKA...JADI..BERAT BADAN PUN MUDAHLAH NAIK...

PANDUAN RINGKAS NAK TURUNKAN BERAT BADAN.

1.Berjalan merupakan senaman ringan. Jadi ringankan kaki anda untuk berjalan lebih ke tempat kerja . Kenapa tempat kerja? Sebab kita ni seharian kat tempat kerja jadikan aktiviti ni sebagai permulaan. Parkir kereta jauh -jauh sikit supaya kalori cepat terbakar.


2.Sambil kita tonton tv lakukan senaman ringan seperti sit-up atau senaman yang lain. Kata orang sambil berhibur sambil menurunkan berat badan. Boleh buat menari pocho-pocho kalau nak 
. .

3.Lebihkan minum air putih supaya lemak berlebih, tokson berlebih boleh keluart dengan lebih banyak dan cepat. Air putih bantu sistem penghadaman atau pencernaan dengan lebih teratur.


4.Lebihkan makanan berserat supaya perut tak terasa cepat lapar sambil senangkan pembuangan air besar. Jadi, kalau pergi ke rumah terbuka tu, pandai-pandailah memilih, makanan mana yang sesuai.


5.Jangan makan lewat malam sebab kalori tak dapat di bakar sebab bila dah makan selalunya mata dah mula mengantuk dan time tidur dah sampai.

6. Sempena bulan Syawal ni, jom kita buat puasa sunat 6 hari ..pahala dapat..maintain berat badan pun dapat..hehehhehe.

SAMA-SAMALAH KITA PRAKTIKKAN DEMI MENJAGA KESIHATAN DAN KECANTIKAN.

No comments:

Post a Comment