Tuesday, September 13, 2011

MENCARI SAHABAT SEJATI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...APA KHABAR? CIKGU  NOOR DOAKAN ANAK-ANAK YANG SEDANG MENGHADAPI UPSR BERJAYA DENGAN CEMERLANG. BERUSAHALAH DAN BERDOALAH....KEMUDIAN BERTAWAKALLAH...

HARI NI, CIKGU NOOR NAK BERBICARA MENGENAI MENCARI SAHABAT SEJATI. PENDAPAT PERIBADI CIKGU NOOR..SEORANG SAHABAT SEJATI AKAN BERSAMA-SAMA TATKALA SENANG DAN SUSAH. SAHABAT SEJATI JUGA SELALU M ENGATAKAN YANG BENAR WALAUPUN PERKARA ITU AMAT PAHIT. SAHABAT SEJATI TAKKAN MENIKAM SAHABATNYA DARI BELAKANG...ADAKAH LAGI DI DUNIA INI...SAHABAT SEJATI..CIKGU NOOR SENDIRI BELUM  PASTI SAHABAT SEJATI CIKGU NOOR. MASIH TERCARI2..RAMAI YANG SUKA BERMANIS MUKA BILA BERHADAPAN TETAPI MENGUTUK DI BELAKANG...ENTAHLAH..SELAGI KITA DI NAMAKAN MANUSIA,,SELAGI ITU KITA TIDAK SEMPURNA...
BAIKLAH KAWAN-KAWAN, CIKGU NOOR INGIN BERKONGSI CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI YANG PERLU DICARI..

Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat 
  • JIKA KAWAN-KAWAN MENEMUI CIRI-CIRI BEGINI DALAM DIRI SEORANG SAHABAT KATAKANLAH KEPADA SAHABAT ANDA...
"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"
CIKGU NOOR JUGA INGIN BERKONGSI MENGENAI  CIRI-CIRI SAHABAT YANG PERLU DIJAUHI..., HATI-HATI ATAU TINGGALKAN SAJA.
       Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan
  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
  • CIKGU NOOR HARAP..CIKGU NOOR SUDAH MEMBANTU KAWAN-KAWAN DALAM MEMILIH SAHABAT...SAMPAI DI SINI DULU..BICARA CIKGU NOOR..WSLM..

No comments:

Post a Comment