Thursday, September 8, 2011

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

SALAM SEMUA...HARI INI, CIKGU NOOR NAK BERKONGSI INFO DENGAN SEMUA TENTANG GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA..APA ITU GANGGUAN SEKSUAL YA??

MAKNA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:  
Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini
•yang, atas sebab yang munasabah, dianggap oleh penerima sebagai mengenakan syara tberbentuk seksual ke atas faedah pekerjaannya,
•mungkin dianggap oleh penerima sebagai pencabulan maruah/penghinaan/ancaman.(sama ada berkait atau tidak secara terus dengan pekerjaan)

KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan Seksual berbentuk ugutan

•memberi kesan langsung terhadap status 
•pekerjaan mangsa -untung atau rugi –kenaikan/penurunan pangkat/gaji 
•pekerja atasan kepada pekerja bawahan
•rasuah berbentuk seksual

2. Gangguan Seksual berbentuk ancaman

•tiada kesan langsung dengan faedah pekerjaan
•mengancam, membimbangkan, menggangguketenteraman, mengacau
•menguji toleransi

BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL

1.Gangguan secara lisanKata-kata, komen, gurauan, bunyi, soalan, panggilan telefon yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2.Isyarat/bukan lisanIsyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda

3.Gangguan visual- Menunjukkan bahan-bahan lucah,melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit, e-mail

4.Gangguan FizikalSentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan, memeluk, mencium, me……….serangan seksual.

5. Gangguan Psikologi
Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk untuk bercumbu


Undang-undang dan peraturan sedia ada 


•kanun jenayah (penal code) 
•perlindungan wanita dan kanak-kanak
•peraturan-peraturan disiplin
•hukum-hukum

Oleh itu, Cikgu Noor berharap kepada mereka yang pernah menghadapi gangguan seksual, jangan takut untuk membuat laporan kerana ada undang-undang dan peraturan terhadap pelaku. Berani kerana benar..jangan malu...ok..

No comments:

Post a Comment