Sunday, January 30, 2011

TERLALU MUDAH AKHIRNYA MALAS......

Semua perkara apabila diambil mudah kecemerlangan akan hilang.  Benarkah begitu?

Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu, tidaklah salah, yang salah ialah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu.  Bayangkan seorang mekanik kereta ambil mudah sewaktu melakukan kerja-kerja servis.  Dia akan mudah-mudah saja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta berkenan .  Hmmmm apa akan terjadi ya?

Usah keliru dengan memudahkan.  Lantaran adanya kemudahan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi elektrik, mesin basuh, dan macam-macam lagi mesin untuk memudahkan kerja kita.  Memudahkan kerja adalah proses yang menarik dalam kehidupan manusia.  Dahulu seorang penulis terpaksa berhati-hati sewaktu menaip kerjanya dengan menggunakan mesin taip.  Setiap kesalahan atau penambahan maklumat akan menyebabkan keseluruhan tulisan berubah atau terpaksa ditaip kembali.  Sekarang, dengan menggunakan komputer, sebarang penambahan tidak lagi membebankan.

Psikologi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil mudah.  Dua perkara hampir serupa tetapi tidak sama ini telah meletakkan manusia dalam dilema psikologi sama ada menurut  atau ikut saja atau berbuat atau menongkah arus.  Mereka yang menongkah arus biasanya berakhir dengan sesuatu yang luar biasa  sebaliknya mereka yang ikut saja selalu berakhir sebagai biasa bahkan ada yang gagal.

Psikologi manusia memang suka dan mahu yang mudah, tetapi kadang-kadang ambil mudah telah menyebabkan banyak kecemerlangan manusia terbarai sebelum masanya atau sebelum tiba sebab musababnya ia patut terbarai.

Kenal dengan Henry Ford?  Pengasas Ford Industru yang kaya raya di  Amerika kerana kereta ciptaannya.  Kesungguhan Henry Ford dalam melakukan kerja-kerajnya akhirnya memberi kejayaan yang luar biasa kepadanya.  Bayangkanlah jika Henry Ford ambil mudah sewaktu melakukan percubaan, sudah tentu tidak akan terhasil apa yang mampu diusahakannya.  Kesungguhan sentiasa menguntungkan.

Kemudahan yang mengelilingi hidup manusia telah menjadikan kebanyakan manusia begitu selesa ambil mudah hampir semua perkara.  Manusia sudah menjadi semakin malas disebabkan kemudahan. Maka marilah bersama kita FIKIR-FIKIRKAN  diri kita...

Saturday, January 29, 2011

ORANG TENANG ADA EMAS UNTUK DIGALI

Bila kita nampak air yang tenang, kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air yang tenang , macam-macam boleh terjadi.  Tapi kalau nampak orang yang tenang, kita patut dekati, sebab dalam diri orang yang tenang ada emas yang untuk digali....benarkah???

Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu.  Orang jahat tidak pernah memilih  orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik.  Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka.  Kesian....

Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik.  Pada zaman kini, terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat.  Maka peratus orang baik terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Oleh itu, kita tidak boleh terlalu bersangka baik. Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai.  Kadang-kadang apabila terlalu percaya, disitulah kesilapan akan tiba.  Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul.  Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia.  Kadangkala  kena juga ada rasa curiga.  Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Kata orang tua-tua , kalau melihat air tenang usah disangka tiada buaya.  Sememangnya buaya tinggal dalam sungai berarus tenang.  Pergerakan buaya juga penuh ketenangan.  Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati- cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka, ekornya boleh melibas tiba-tiba.  Di dalam air, buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan, juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Berbeza dengan orang yang tenang, di situ ada emas yang boleh digali.  Orang yang tenang biasanya penuh dengan ilmu...ye ke???  Dampingilah orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti diperolehi...kalau dia nak kongsi la....kalau kedekut...tak guna satu sen pun.! Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermaksud tenang.  FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Tuesday, January 25, 2011

MASALAH SELESAIKAN MASALAH???

Hmmm...masalah selesaikan masalah..pelik bunyinya...tapi itulah realitinya. Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yang dihadapinya sebagai masalah.  Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya atau tidak.

Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yang boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya."Dah memang masalah , nak buat macam mana?"

Masalah sebenarnya membuka peluang.  Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yang menghempap di kepala.  Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yang menghempap tetapi sebutir emas yang jatuh di atas kepala. Hmmm benarkah masalah membuka peluang???

Cuba kita lihat apa yang dilakukan oleh Thomas Edition.  Dia ada masalah ketika menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang bagainya mencipta mentol. Nahh...masalah sudah menjadi peluangkan...

Demikianlah halnya, ketika manusia perlu berkomunikasi setiap masa dan ketika tetapi dipisahkan oleh jarak, terciptalah telefon bimbit. Bukankah itu satu masalah pada asalnya tetapi sekarang sudah menjadi peluang. Mereka yang mula-mula mencipta teknologi-teknologi ini sekarang kaya raya kerana mereka telah menyelesaikan masalah orang ramai.

Oleh itu, janganlah anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tetapi jika masalah diganti dengan perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yang tak terjangka oleh kita. Fikir-fikirkanlah....