Saturday, February 5, 2011

TIPS MENGUBAH MANUSIA

CUBA FIKIR-FIKIR UNTUK  PRAKTIKKAN TIPS INI:

1. BACA DAN RAMAL PERIBADINYA..JANGAN JADI NUJUM PAK BELALANG SUDAHLAH...

2. CURI PERHATIANNYA....TERPAKSALAH PERAH OTAK MEMIKIRKANNYA

3. TAWAN HATINYA...YANG INI TERPULANGLAH KEBIJAKSANAAN ANDA YA...

4. BUATKAN HATINYA KAGUM.....HMMMM CONTOHNYA MEMUJI...

5. BANGKITKAN RASA INGIN TAHU DALAM DIRINYA..KENA FIKIR-FIKIR LAH

6. BERIKAN PERSOALAN-PERSOALAN YANG ANDA TAHU DIA MAMPU MENANGANINYA.....SUPAYA DIA BERASA DIA DIPERLUKAN..

7. USAH TERGESA-GESA UNTUK MELIHAT HASIL....KENA SABAR YA...

Tuesday, February 1, 2011

BERJAYA ATAU GAGAL PILIHAN SENDIRI

Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya. Kedua-duanya sama susah.  Sebagaimana hendak berbuat jenayah, ia sama susah dengan hendak berbuat jasa.  Seseorang penjenayah terpaksa sembunyi-sembunyi tatkala melakukan jenayah..susah tu....Seseorang dermawan terpaksa berusaha keras mencari lebihan harta untuk menyalurkan bantuan ...susah juga kan? Namun, susah seorang penjenayah mendatangkan bahaya dan bala, sedangkan susah seorang dermawan mendatangkan pahala dan laba.( kalau ikhlas la...kalau nak menunjuk-nunjuk..dapat bala juga.)

Untuk jatuh ke dalam longkang, itu payah. Kena cari longkang dan kena pura-pura tidak berupaya melebarkan langkah.  Maka jatuhlah ke dalam longkang.  Untuk melompati longkang, itu pun payah.  Kenapa ya? Sebabnya setelah mencari longkang kena ukur keupayaan sama ada mampu melangkah atau sebaliknya.  Kalau mampu ...teruskan saja, kalau tidak, binalah titi.  Itu susah tapi berbaloi sebab selamat dan bakal memudahkan orang ramai.  
Untuk berjaya atau gagal itu sama susah. Maka pilihlah berjaya sebab berjaya hasilnya lumayan.  Ramai orang tidak kuat berusaha kerana untuk berjaya itu amat susah.  Sebenarnya untuk gagal ada kalanya lebih susah.  

Ketika perompak merangka strategi rompakannya, mereka bukan setakat mengkaji lokasi, malah mungkin juga psikologi mangsa dan matematik berasaskan logik dan kreatif.  Bukan sehari, kadang-kadang hingga berminggu-minggu.  Pelbagai kemungkinan dirangka , pelbagai cara dan taktik difikirkan.  Mereka juga telah bersusah payah untuk mendapatkan senjata api.  
Setiap perbuatan jahat menempa risiko yang amat besar.  Kalau pun berjaya, mudahkah hasil rompakan itu dibelanjakan? Hidup dalam ketakutan, tidak lagi mengenal erti merdeka, apakah nikmatnya?

Oleh itu, untuk gagal dan untuk berjaya itu sama susahnya.  Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita membina kecemerlangan dan keterbilangan.  Jika mereka berjaya anda turut berjaya, jika anda gagal anda lebih dulu gagal.  Pilihan terletak di tangan anda sendiri. FIKIR-FIKIRKANLAH...