Monday, July 29, 2013

Biskut Susu/ Milk Cookies

Hello-hello semua...harap-harap semuanya sihat. Oleh sebab dah dekat nak raya..CN dah mula buat biskut raya. CN nak kongsi biskut susu yang sedap dan gebu ni...mudah je buatnya..jom kita masak sama-sama.


  • 250grm tepung jagung
  • 1/2  tin susu pekat manis 
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • pewarna -ikut suka 
  • hiasan- ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu pekat
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

Wednesday, July 24, 2013

Fesyen baju kurung untuk hari raya 2013

Hai semua..hari ni dah masuk hari ke 15 hari kita berpuasa. Dah beli or dah siap ke baju untuk hari raya? CN punya baju raya tahun ni warna pink (my favourite colour) ada 2 helai je..satu baju yang CN tempah dan satu lagi CN beli..baju kurung moden. Banyak fesyen baju kurung yang dijual di pasar raya..pilih je mana yang sesuai. CN nak share fesyen baju kurung untuk hari raya 2013. Jom kita belek sama-sama.



 

 


 

 


 


 


 

 


 


 


 


 



 

 

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Hello- hello semua...hari ni CN nak share petua awet muda cara Islam. Jom kita baca 9 petua yang berguna sama-sama..



 



Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Tuesday, July 23, 2013

Koleksi Kata-kata Hikmah









 


 

 



 


Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Hello-hello semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.






 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Thursday, July 18, 2013

MENOPAUSE

 Hello-hello semua....sebagai seorang wanita..CN rasa kita patut tau tentang menopause.
 Apabila kita mendengar perkataan menopause, kita biasanya berfikir wanita yang lebih tua yang berusia 60 tahun. Sangat jarang kita pernah berfikir untuk diri kita sendiri. Walau bagaimanapun, menopause bukan hanya terjadi kepada wanita yang tua sahaja. Menopause awal dan pra-matang adalah lebih biasa daripada kebanyakan wanita - ia terjadi kira-kira 1% daripada wanita berusia antara 15 dan 45. Menopause awal dan pra-matang boleh berlaku atas pelbagai sebab yang tidak kita ketahui. Namun proses ini akan dihadapi oleh semua wanita, cuma adakah ianya awal atau lewat? Perkara yang penting semua kaum wanita harus melewati masa-masa menopause ini dengan jaya. Banyak perubahan- perubahan yang akan terjadi baik perubahan fizikal maupun perubahan mental yang kemudian akan menuntut banyak penyesuaian. Namun anda tidak perlu bimbang, asal dapat ditangani dengan baik, semuanya akan dapat dapat diatasi dengan jayanya.

Tidak ada seorang pun yang dapat dengan pasti menentukan bila menopause ini akan terjadi dalam diri. Kebanyakan wanita akan mengalaminya pada usia 50 tahun tetapi tidak menutup kemungkinan jika terjadi lebih cepat atau lebih lambat. Proses menopause ini akan memakan waktu antara 3 sampai 5 tahun sampai dinyatakan lengkap ketika seorang wanita telah berhenti haid selama 12 bulan.


Apakah Menopause awal dan pra-matang? 
 
Menopause awal sering dikelirukan dengan menopause pra-matang, tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah perkara yang berbeza. Syarat-syarat ini bergantung kepada umur wanita yang terlibat, jika menopause berlaku sebelum usia 45 tahun, ia dianggap menopause awal, jika menopause berlaku sebelum usia 40 tahun ia dianggap menopause pra-matang. Menopause awal bermakna ovari wanita telah secara spontan berhenti kerja sebelum dia telah mencapai umur 40 tahun. Ianya boleh terjadi kepada wanita dan juga remaja di awal usia 20-an.

Penyebab:
 
Sebab-sebab yang tidak diketahui - dalam kebanyakan kes, punca tidak boleh dijumpai. Ini dikenali sebagai kegagalan ovari idiopathic.
  • Keadaan autoimun - kira-kira 10 hingga 30 peratus daripada wanita yang terlibat mempunyai penyakit autoimun seperti hipotiroidisme, penyakit Crohn, lupus eritematosus sistemik atau artritis reumatoid.
  • Keadaan genetik - seperti familial ovarian failure (FOF) dan galactosaemia. Kira-kira lima hingga 30 peratus daripada wanita yang mempunyai seorang saudara perempuan yang mendapat masalah itu. Galactosaemia adalah apabila badan tidak boleh menukar galaktosa karbohidrat menjadi glukosa. Ia apabila galaktosa tidak dapat ditukarkan menjadi toksik kepada ovari. Ini adalah disebabkan oleh masalah enzim, seperti hiperplasia adrenal kongenital, juga boleh membawa kepada menopaus pra-matang. 
  • Keadaan genetik yang lain, termasuk sindrom Turner, boleh menyebabkan menopaus awal tetapi ini biasanya jelas sebelum baligh. Sesetengah wanita dilahirkan dengan kelainan dalam kromosom X mereka, mengganggu pengeluaran telur sebelum menopause harus bermula. Wanita lain hanya dilahirkan dengan sangat sedikit telur, menyebabkan menopause berlaku lebih awal dari sepatutnya. 
  • Jangkitan virus - bukti yang tidak meyakinkan tetapi ia berkemungkinan bahawa jangkitan virus seperti beguk atau cytomegalovirus, boleh mencetuskan menopaus pra-matang dalam sesetengah wanita.
Menopause pembedahan
Menopause pembedahan melibatkan keputusan yang dilakukan oleh wanita atas sebab-sebab kesihatan. Wanita yang mengalami endometriosis, polip atau kanser ovari mungkin perlu menjalani oopherectomy (pembuangan ovari) atau histerektomi (pembuangan rahim, tiub fallopio, ovari dan kadang-kadang). Pembedahan mendadak memotong fungsi ovari menyebabkan paras estrogen menurun secara tiba-tiba dan memaksa wanita itu ke dalam menopause.

Menopause Disebabkan oleh Rawatan Kanser
Menopause boleh disebabkan oleh kemoterapi atau radiasi rawatan kanser. Kemoterapi dan radiasi membunuh sel-sel kanser tetapi, malangnya, mereka juga membunuh sel-sel sihat. Sel-sel rambut, sel-sel pencernaan, dan sel-sel ovari adalah sangat berisiko. Sesetengah wanita yang telah menjalani rawatan kanser berisiko terjadinya menopause.

Jangkitan
Jangkitan juga dikaitkan dengan menopause pra-matang. Jangkitan seperti beguk dan batuk kering boleh menjangkiti ovari, menjejaskan keseimbangan hormon anda. Ini adalah amat jarang berlaku.

Gejala Menopause Awal
Pra-matang tanda-tanda menopaus adalah sama seperti orang-orang menopause semula jadi. Wanita biasanya mengalami berpeluh malam, hot flashes, insomnia, sakit kepala, dan sakit sendi atau otot. Perubahan bentuk badan adalah perkara biasa, menyebabkan pertambahan berat badan di sekitar abdomen. 

Wanita menopause boleh mengalami turun naik emosi, termasuk keresahan, kemurungan, ketagihan, dan kealpaan. Semua gejala-gejala ini dicetuskan oleh perubahan hormon dalam badan semasa menopause. Khususnya, tahap estrogen mengurangkan secara mendadak pada permulaan menopause, menyebabkan pelbagai perubahan dalam fungsi badan.

Menopause awal dan pra-matang cenderung untuk dikaitkan dengan gejala yang lebih teruk daripada menopause berlaku selepas umur 45 tahun. Kerana menopause awal biasanya kerana sakit, pembedahan, atau isu-isu genetik, terdapat penurunan yang pesat dalam jumlah estrogen (dikenali sebagai "kemalangan estrogen") dalam badan anda. Ini menyebabkan anda memasuki menopause lebih cepat berbanding wanita lain. Kemalangan Estrogen boleh menyebabkan terlampau panas, keletihan, perubahan mood dan kemurungan dalam sesetengah wanita. Dalam kaji selidik wanita menopause awal, 100% wanita yang mengalami menopause pembedahan mengalami beberapa gejala menopause secara berturut-turut. 90% daripada wanita mengadu bahawa tanda-tanda mereka adalah teruk dan berlangsung lebih daripada 8 tahun.

Pilihan Rawatan
  • Rawatan khusus bagi wanita yang putus haid ialah dengan memberi ubat hormon estrogen secara terus-menerus. Hormon estrogen boleh didapati dalam berbagai bentuk; Pil yang dimakan; ‘implant’ yang disuntikkan beberapa bulan sekali; Krim yang disapu dan lain-lain. Pil hormon ini mengandungi estrogen dan perlu dimakan setiap hari untuk beberapa tahun. Tujuan memberi ubat pil ini ialah untuk mengatasi masalah kemerosotan hormon yang biasanya dikeluarkan oleh ovari. Terdapat dua jenis pakej rawatan hormon estrogen; a) Yang mengandungi estrogen sahaja. b) Yang mengadungi estrogen dan progesterone dan jenis ini menyebabkan haid keluar balik setiap bulan. 
  • Setiap wanita yang memakan pil hormon mestilah diawasi oleh doktor pakar sakit puan. Pemeriksaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Ujian ‘Pap smear’ untuk mengesan kanser pangkal rahim dan pemeriksaan payudara untuk mengesan kanser dilakukan setahun sekali.
  • Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.
  • Pemakanan yang seimbang dan tidak berlebihan dalam karbohidrat seperti gula, nasi, mee coklat, kuih- muih, ais krim dan lain-lain.
  • Kawal timbang berat mengikut carta ‘ukuran tinggi-berat badan’.
  • Makan vitamin-vitamin tambahan seperti vitamin B Kompleks, Vit. C - 600mg , Vit E - 400 IU, Kalsium - 600 mg , Fish oil 1000mg setiap hari.
  • Didapati memakan Aspirin - 100 mg setiap hari mungkin memberi banyak faedah kesihatan tetapi jika anda memakan ubat sakit jantung atau lain-lain ubat khusus anda dinasihatkan untuk bertanya dengan seorang pakar terlebih dahulu samada aspirin itu boleh dimakan bersama.
  • Lakukan riadah yang sesuai dengan perbadi masing-masing setiap hari.
  • Amalkan ibadah dan suruhan Allah s.w.t. dengan tekun. Solat , puasa, zikir dan membaca Al-Quran telah dibuktikan boleh memberi ketenangan dan ketenteraman fikiran.

Wednesday, July 17, 2013

Teknik Memakai Tudung

Hello-hello semua...CN suka nak berkongsi cara-cara mengikat tudung supaya nampak menarik. CN tak berapa gemar tudung ekspress..so CN suka mencari gaya-gaya baru mengikat tudung..

Teknik 1










 

Teknik 2








 

Teknik 3








 

Teknik 4
 

 

Teknik 5


 
Teknik 6