Thursday, June 5, 2014

JERAGAT OH JERAGAT






HELLO SEMUA...DAH LAMA CN TAK MENULIS..KERANA KESUNTUKAN MASA DENGAN TUGAS-TUGAS CN.

HARI NI CN  MENULIS TENTANG MASALAH KULIT WANITA IAITU JERAGAT. ( LELAKI PUN ADA JERAGAT JUGAK..TAPI MEREKA NI TAK KISAH PUN)

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.



Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher.Namun dengan teknologi dunia kecantikan,masalah jeragat kini boleh diatasi.


Ketahui Apa Itu Jeragat
Jeragat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit dan biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit.Masalah pigmentasi adalah seperti melasme,freckles atau solar lentigenes.
Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok),actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher muka dan celah ketiak.
Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka,berdarah dan bernanah pada kawasan yang bermasalah.
Faktor penyebab terjadinya jeragat
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat. Antaranya kesan matahari dan factor genetik.Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat pada kulit wajah.Selain pengambilan pil perancang,masalah jeragat juga boleh berlaku pada kaum wanita apabila mereka mengambil ubat-ubatan seperti amiodarone,bleomycine,chloroquine,antibiotic sepertiminocydine dan lain-lain-lagi.
Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas.Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada factor genetik.Bagi wanita yang sering  terdedah dengan  cahaya matahari,risiko berdepan kulit berjeragat tinggi.
Masalah jeragat boleh juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.Di samping itu jeragat boleh terjadi disebabkan oleh masalah pada limpa.
Jenis Rawatan
RAWATAN MODEN
Jeragat boleh dirawat sama ada menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu.Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim adalah tidak sesuai.
Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal dengan menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’(haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.
Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone,krim daripada kombinasi hydroquinone,tretinoin dan steroid,krim isotrenoin atau pengelupasan kimia.Melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan factor genetik,melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.
Melasme iaitu pigmentasi atau kelompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini,kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim tetapi ada juga pigmentasi  yang tebal dan dalam.Ia mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Bagi mengatasi jeragat,wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan  menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doctor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan yang sesuai.
Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit.Walaupun jeragat adalah penyakit kulit,Ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka perlu berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
RAWATAN TRADISIONAL
Selain rawatan moden,masalah jeragat boleh diatasi dengan rawatan tradisional.Berikut beberapa langkah yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah jeragat:-
-Sediakan beberap helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
-Ambil 2 inci daun betik,1 genggam beras,air dan 1 inci kulit kayu manis.Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman.Setelah ia kembang,kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.Setelah siap,sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit.Kemudian,lembabkan muka anda,gosok(seperti skrub) dan cuci.Gunakan air suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.
-Ambil putih telur,rendam tisu dalam putih telur dan tekapkanpada muka anda sehingg tisu menjadi kering.Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
-Gosokkan hampas kelapa diseluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu.Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.

- Baking powder juga boleh digunakan untuk merawat jeragat. Ambil sedikit baking powder dan bancuh dengan air paip seperti bedak sejuk dan sapu ditempat jeragat hingga kering dan basuh. Ia dapat mencerahkan kulit yang berjeragat.
NOTA : (RAWATAN DI ATAS HANYA SESUAI UNTUK MASALAH JERAGAT YANG RINGAN SAHAJA)
Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat
VITAMIN C
-Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
VITAMIN E
-Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
PROTEIN
-Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan  sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
Air
-Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Begitulah info tentang jeragat. CN tidak terlepas dengan masalah jeragat ni walaupun masih di peringkat awal je.  Produk yang CN gunakan sekarang ialah produk Hada Labo Whitening seperti gambar di bawah ni...so far so good untuk kulit CN. Harga pun berpatutan. Di samping pemakaian produk di muka, CN juga mengamalkan pengambilan Vitamin C dan E. Harap-harap masalah jeragat di muka CN akan lenyap tak lama lagi.



Wednesday, November 6, 2013

LEADING AND MANAGING PEOPLE IN EDUCATION

Assalamualaikum dan hello semua. Apa khabar semua? Lama CN tak menulis di blog ini. Bukan apa CN sibuk dengan tugasan baru CN. CN perlu menyesuaikan diri dengan suasana baru dan budaya kerja yang menuntut CN banyak membaca. CN akan berdepan dengan orang-orang yang  berpengalaman dan CN perlu bersedia dari sekarang. Hari ini, CN love to share tentang buku yang CN dah baca.



. ISI-ISI PENTING DARIPADA BUKU  
1. Konsep  kepimpinan dan pengurusan serta perbezaannya
2. Memimpin dan mengurus sumber manusia untuk meningkatkan prestasi
3. Kepentingan staf sokongan di sekolah
4. Pengaruh budaya organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan
5. Peranan struktur  organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan
6. Motivasi staf dan kepuasan bekerja
7. Memimpin dan mengurus dengan sumber manusia dengan  peluang yang sama rata
8. Memimpin dan mengurus secara berpasukan
9.  Pengambilan dan pemilihan staf yang berkesan- put the right person with the right skill in the right time at the right place.
10. Keperluan induksi dan pengekalan sumber manusia di dalam organisasi pendidikan
11. Mentoring dan coaching  sebagai proses menyokong dan membangunkan sumber manusia
12. Menilai prestasi dan mengkaji bagaimana untuk meningkatkan prestasi pekerja dan menghargainya
13. Keperluan untuk belajar sepanjang hayat

PERKARA YANG DIPELAJARI DARIPADA BUKU YANG DIBACA.
1. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi orang lain untuk bekerja bersama kita untuk mencapai matlamat organisasi manakala pengurusan adalah satu set aktiviti penggunaan sumber organisasi yg cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Sumber manusia perlu dipimpin dan diurus untuk meningkat prestasi
3.Sumber manusia perlu  dimotivasi untuk kepuasan bekerja
4.Bekerja secara berpasukan adalah satu amalan yang baik
5.Pekerja baharu perlu diberi induksi untuk memahami budaya  dan struktur organisasi.

6. Mentoring dan coaching  penting untuk membangunkan sumber manusia di dalam organisasi.


Monday, August 5, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum semua...CN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua..maaf zahir dan batin. Hati-hati ketika di jalan raya..ingatlah orang tersayang.