Tuesday, July 2, 2013

MEMBUNUH ULAR DI DALAM MINDA

Bila kita sebut saja pasal ular, pasti kita terbayang seekor haiwan replitia yang panjang , menggelikan dan menakutkan.  Ular dan manusia biasanya tidak boleh bertemu . Jika manusia bertemu ular, ular itu akan dibunuhnya. Jika ular bertemu bertemu manusia, ular akan mematuknya.  Tiada manusia mahu bertembung dengan ular dan tiada ular mahu bertembung dengan manusia.  Jika kedua-duanya bertemu pasti tragedi akan mengambil tempat.

Psikologinya manusia geli terhadap ular. Kegelian selalunya mengatasi ketakutan, ketakutan pula biasanya  mengatasi kegelian.  Kedua-duanya bertimbal balik. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini, manusia dan ular tidak boleh bersatu. 
Sebenarnya, jika kita berfikir secara logik, seorang manusia tidak patut takut kepada terhadap ular. Dari segi fizikal, manusia jauh lebih kuat daripada ular.  Manusia ada 2 tangan, 2 kaki, 2 mata yang terletak di hadapan, ada leher yang membolehkan kepalanya ditoleh-tolehkan.  Sedangkan ular tiada tangan, kaki, leher, matanya kiri dan kanan. Sukar bagi ular hendak melihat apa yang dihadapan, sukar dia menoleh kerana ketiadaan leher, tiada kaki untuk berlari pantas, dan tiada tangan untuk memulas tengkuk. Tetapi kenapa manusia masih takut dengan makhluk yang tiada apa-apa ini?
Emmmm,...jawapannya  mudah....psikologi telah mengajar begitu.  Selain semula jadi manusia telah didedahkan bahayanya ular, keadaannya yang panjang melingkar itu cukup menggelikan. Maka, takut dan geli bercampur baur, menghasilkan tindak balas macam-macam.

Jom kita lihat pula apabila manusia dikaitkan dengan emas. Nahhhh...apabila disebut emas..maka terbayanglah kekayaan dan kemewahan, maka tersenyum simpullah manusia dengan angan-angan memiliki kemewahan.

Maka tidakkah kita terfikir bahawa psikologi boleh mempengaruhi manusia dalam bertindak dam membina sikap tertentu mereka. Psikologi manusia boleh diubah dan perlu diubah untuk kebaikan. FIKIR-FIKIRKANLAH...

1 comment: