Thursday, July 11, 2013

DAGING BAKAR SIMPLE TAPI SEDAP





Bulan Ramadhan..buat CN tercari-cari resepi untuk dimasak untuk berbuka. CN suka pelbagaikan resepi supaya anak-anak dan buah hati CN berselera semasa berbuka. CN tertarik dengan resepi ni...macam sedap je..Jom kita cuba sama-sama.

                                         






Bahan:
 
½ kg daging
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu sos lada hitam
Garam secukup rasa

Cara:
1.Basuh daging dan potong nipis dan lebar.
2.Perap dgn bahan2 diatas selama sejam.
3. Bakar di atas pemanggang hingga garing.
4. Hidang bersama air asam.

No comments:

Post a Comment