Monday, July 8, 2013

KEK COKLAT SIHAT



 Hai kawan-kawan...tak lama lagi kita akan berpuasa dan menyambut hari raya. Cikgu Noor suka nak berkongsi resepi sihat untuk kawan-kawan. Jom kita masak kek coklat ini...emmmm yummmyyyy....


Kek Coklat Tanpa Telur, Susu Dan Butter

Bahan A :

1) 1 1/2 cawan tepung gandum
2) 1/3 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula pasir
4) 1 sudu kecil baking soda
5) 1 sudu kecil garam
Kesemua bahan A ni, kacau sama rata.

Bahan B :
 
1) 1/3 cawan minyak sayuran
2) 1 sudu kecil esen vanilla
3) 1 cawan air
Kesemua bahan B ni, dikacau sama rata juga macam bahan A tadi.

Caranya :

·         Bahan A dan bahan B disatukan. Kacau sama rata.
·         Loyang disapu dengan butter supaya nanti kek senang nak dikeluarkan dan tak melekat.
·         Panaskan oven dulu selama 10 minit.
·         Bila bahan A dan bahan B dah digaul rata, tuang dalam loyang dan masukkan dalam oven.
·         Bakar kek tadi pada suhu 180 celcius selama 35 minit sahaja.
·         Dah siap bakar, keluarkan kek tadi dan letak atas bekas yang senang kita nak curah topping. 

No comments:

Post a Comment