“It’s time to care; it’s time to take responsibility; it’s time to lead; it’s time for a change; it’s time to be true to our greatest self; it’s time to stop blaming others.”
Hello-hello semua..hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. CN doakan semuanya dapat berpuasa dan beribadah dengan tenang. Hari ni CN nak kongsi resepi Murtabak Maggie yang simple dan yummy...jom kita buat sama2...elakkan selalu membeli kerana air tangan ibu sangat2 bermakna kepada anak-anak.
Bahan-bahan ( 2 ORG )
2 bungkus maggie
3 biji telur
1 labu bawang besar
1 tangkai daun bawang
garam secukup rasa
1 bungkus perasa maggie
1 biji cili merah
Cara-cara
Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)
Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam
telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa
maggie.
Gaul rata bahan-bahan tersebut.
Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.
No comments:
Post a Comment