1) Senyum dengan gaya mengoda pada suami
anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan
senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah
pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda senyum.
Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda
sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda
dan biasanya juga ia akan berusaha untuk mengetahui rahsia disebalik
senyuman itu.
2) Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada
suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah
S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar
untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas
disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah
sentiasa mendoakanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya
adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
3) Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda.
Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya
kecuali untuk perkara-perkara tertentu. Hal ini ditekankan lebih-lebih
lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila suami
anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan
perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan
telah mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.
4) Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua
sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri
perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan
jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti
mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah
perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu
perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
5) Jangan terlalu kisahkan hal-hal yang kecil. Jangan terlalu cepat
merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar
isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul
tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan
selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu
akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah
seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah
berasa gembira sekiranya isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam
kebahagiaan rumah tangga. Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan
atau mengemas rumah sebelum si suami pulang dari kerja sudah cukup
membahagiakan dia.
6) Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika
nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan
dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat
keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk
keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan
cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan
mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila
disiram dengan air”.
7) Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami
anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram
meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana
berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap
suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
8) Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang
untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga.
Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda
merapati dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.
9) Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan
nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami.
Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk
anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria
dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti
bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan
yang penuh dengan minat. Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya
dan perkara yang anda perlu lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk
membuatkanya puas dan gembira.
10) Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya
duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi. Suami pastinya suka pada
aksi isteri yang melayannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu segan,
dan perbuatan diam atau malu adalah sebenarnya perkara yang tidak
bertanggungjawab. Isteri yang aktif dan kreatif mampu membuatkan si
suami gembira dan bertambah sayang.
No comments:
Post a Comment